Asal dan komposisi Kaltemit

Ramai penyelidik telah mengkaji bagaimana konkrit merosot, dan satu petunjuk ketaranya ialah kehadiran cecair tinggi kalsium yang bocor dari struktur konkrit.[5][6][7]

Stalaktit kaltemit boleh tumbuh pada struktur konkrit dan gua buatan manusia yang diperbuat daripada konkrit (seperti lombong dan terowong) dengan lebih cepat daripada gua yang diperbuat daripada batu kapur, marmar atau dolomit.[3][8] Ini adalah kerana kebanyakan kaltemit terbentuk daripada tindak balas kimia yang berbeza daripada stalagmit gua semula jadi.

Kaltemit terbentuk apabila larutan alkali kuat (pH 9-14) meresapi struktur yang dibuat daripada bahan yang berkapur. Apabila ia mencapai bahagian bawah struktur dan bersentuhan dengan udara, karbon dioksida (CO2) dalam udara sekeliling mencetuskan tindak balas kimia. Oleh itu, kalsium karbonat termendap menjadi mendapan sekunder. Dalam speleotem biasa, CO2 terbebas sebagai gas sementara dalam kaltemit, CO2 terlibat dalam reaksinya.[3] Selalunya, kalsium karbonat (CaCO3) yang membentuk kaltemit terbentuk sebagai kalsit, yang lebih stabil berbanding dengan bentuk lain yang kurang stabil seperti aragonit dan vaterit.[1][3]

Batu alir kaltemit yang warnanya oren kerana oksida besi (daripada rangka keluli yang berkarat di dalam) yang termendap bersama kalsium karbonat (https://wikimedia.org/api/rest_v1/media/math/render/svg/443620def2cf998ae0099d9393c1013268b05081). Batu alir kaltemit di luar tangki air konkrit

Kaltemit biasanya diperbuat daripada kalsium karbonat (CaCO3) yang biasanya putih, tetapi boleh berwarna[9] merah, oren atau kuning jika terdapat oksida besi daripada logam berkarat bercampur dengan air yang mengalir melaluinya. Kuprum oksida daripada paip kuprum boleh menyebabkan kaltemit menjadi hijau atau biru.[1] Kaltemit juga boleh mengandungi mineral seperti gipsum.[1][3]

Takrifan "kaltemit" juga merangkumi mendapan sekunder yang mungkin terbentuk di dalam lombong dan terowong buatan manusia tanpa lapisan konkrit. Ia terbentuk apabila mineral daripada batu kapur, dolomit, atau batu berkapur lain mengisi ruang di dalam struktur. Proses kimia kaltemit adalah serupa dengan proses pembentukan speleotem di dalam gua batu kapur semula jadi (rujuk persamaan 5 hingga 8 di bawah). Sesetengah saintis percaya bahawa kaltemit hanya terbentuk sejak manusia mula mengubah suai permukaan Bumi, menjadikannya proses yang unik daripada era Antroposen.[10]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Kaltemit http://pure-oai.bham.ac.uk/ws/files/43016691/Oyzma... https://doi.org/10.1111%2Farea.12358 https://www.worldcat.org/issn/1475-4762 https://eic.rsc.org/feedback/letters-november-2006... http://bcra.org.uk/pub/candks/index.html?j=127 https://portal.research.lu.se/ws/files/4827018/176... https://wikimedia.org/api/rest_v1/media/math/rende... https://en.wikipedia.org/wiki/File:Calthemite_stra... https://en.wikipedia.org/wiki/File:Calthemite_stra... https://en.wikipedia.org/wiki/File:Lattice_work_of...